CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, December 20, 2011

Dividen ASB 2011

morning...

korang tengok tak berita semalam. aku terdengar pasal Asb semalam alhamdulillah naik juga lah dari tahun lepas. tahun lepas dividen dapat 8.75% tahun ni naik sebanyak 0.05%. jadinya sekarang...


7.65% dengan 1.15% bonus.


Oklah tu.. 8.8% Jadi dah dapat dividen ni boleh la joli katak, eh bukan-bukan seeloknya biarkan je jangan diusik. Biasanya itulah mentaliti orang kita, sebelum dividen masuk dah ada list apa nak beli dengan duit dividen tu nanti. tapi aku pun dah ada plan baik punya ni. sebenarnya start aku masuk keje kat sini aku dah buat Asb loan. rasanya tahun ni duit dividen ni aku kena guna kot emmmm...



Petikan HMetro Online

KIRA-KIRA 7.3 juta pemegang yang kini melanggan 95.9 bilion unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal menerima durian runtuh berikutan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pemberian dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Agihan pendapatan itu lebih tinggi daripada pembayaran 7.5 sen seunit tahun lalu, manakala bonus 1.15 sen adalah lebih rendah berbanding 1.25 sen sebelum ini.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji berkata, peruntukan bagi agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu, sementara bagi bayaran bonus pula, PNB memperuntukkan pembayaran RM628.29 juta.

“Sehingga 15 Disember lalu, ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion atau 56.9 peratus apabila pendapatan dividen hasil pelaburan dalam syarikat menyumbang RM4.09 bilion.



“Keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat pula menyumbang RM2.25 bilion atau 31.3 peratus kepada pendapatan kasar dan selebihnya RM0.85 bilion adalah hasil pelaburan dalam instrumen jangka pendek serta lain-lain pendapatan,” katanya ketika mengumumkan mengumumkan pengagihan pendapatan ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, pembayaran agihan pendapatan dan bonus ASB itu akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan setiap pemegang unit
Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB berakhir 31 Disember ini.

“Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan purata pegangan minimum bulanan pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula 2001 hingga 2011,” katanya.
Sehubungan itu, semua urus niaga ASB di Ibu Pejabat, pejabat dan ejen ASNB ditangguhkan mulai esok hingga 2 Januari tahun 2012. Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB bermula 3 Januari tahun depan.



*3 januari nanti sama-sama berbaris jom... hehe :)


3 comments:

Unknown said...

KAK NURUL ADA TAG WAWA.. NATI TGK YEA..

suzie rahman said...

huhuhu xder smpn

M.I.Z W.A.W.A said...

arma buat loan asb lbh untung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...