CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, December 31, 2011

Wish 2012

Salam,

Lagi beberapa jam je lagi tahun 2011 akan meninggalkan kita.. Dan muncul la tahun 2012 pulak.. Tahun bertambah umur pun bertambah.. Azam korang tahun lepas macam mana? Dapat di capai ke? Aku tak capai sangat target dalam 80% dah tercapai.. Tapi xpela aku bersyukur sangat. Boleh di katakan hidup aku sempurna dengan orang-orang tersayang di sekeliling.. Tahun depan insyaallah status aku pun akan bertukar.

Ni di antara wish aku atau lebih tepat azam aku la.. Pertama aku nak confirm kerja sebab aku nak sangat beli rumah.. Aku nak simpan duit banyak-banyak supaya ujung tahun boleh melancong beramai-ramai. Lagi 1 aku ni bila la nak kurus entah. Asyik takde mood je nk usaha. Lagi lagi aku nak pakai tudung secara full time.. Hahaha. Aku kan dah berstatus baru. Harap semuanya baru la..

Apa lagi ek.. Emmmm ade 6jam lagi tuk berfikir hehe..

Sempena tahun baru ni aku nak jugak la mintak maaf kalau ada tersalah kata terkasar bahasa atau tersalah tulis. Maaf tau.. Selamat tahun baru 2012 semua.. Semoga hidup kita dirahmati dan diberkati selalu :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, December 29, 2011

kembara cinta

hai. assalamualaikum. selamat pagi.


agak lama tak menulis. kesibukan melanda di akhir tahun. arini rasa nak cerita pasal sabtu lepas. aktiviti paling best sekali. aku rasa spises cam aku mesti suka punya. SHOPPING!!!!

sabtu pagi-pagi lagi aku dah mulakan kembara. kembara mencari barang hantaran. sebenarnya aku satu apa pun tak beli lagi.. sekarang dah tinggal lebih kurang sebulan je. so kembara ala-ala marathon ni harus di sempurna dalam minggu ni jugak. bakal habis lah duit aku untuk lalan. tapi takpe la bukan selalu kan.... aku dah pesan awal-awal jangan banyak songeh sangat pilih hari tu jugak kena settle beli 7 barang nak letak dalam dulang...



fisrt destinasi ini

v

v

v

v



biasa la sogo ni kalau tak penuh bukan sogo namanya.. sales nya bukan main rasanya memang ada je sales pun. masuk-masuk je aku punya hidung dah menusuk-nusuk bau perfume. dalam hati dah pening macam mana la nak pilih dah banyak sangat. tapi perot dah lapar tak breakfast lagi. so beli roti je dulu. pastu sambung shoping. mula sekali tengok perfume.. memamg pening asyik bau macam-macam. akhirnya berjaya pilih yeayyyy.... kat bawah ini hantaran perfume gubahan my mum rajin kan dia. abis je tingkat 1 terus ke tingkat seterusnya tempat tali pinggang dengan purse. pastu bla bla bla.... abis setle pencarian kat sogo sampai kul 3 cam tu. perot pun lapar...




muka saya yang gumbira bershoping...



ni lunch atas permintan lalan ye... dia request nak makan kat nandos so ni la yang kami makan.. dari 10 aku bagi 8 markah je... tapi sumpah sup dia sedap...



pencarian yang xtak di jumpai di teruskan ke midvelly. jalan punya jalan bukan saja barang lalan aku beli barang untuk aku pun dia belikan. tengok kasut kat bawah ni. berangan nak pakai tapi rasa macam tak mampu je tinggi sangat kak oiii.... sweet kan?




oh jam dah menunjukkan kul 8 kami punya kaki pun dah penat berjalan. malam ni kami nak kena jumpa orang. nak ambil wishing tree saye dengan kad kawin. ape kad kawin ye... nak jumpa orang tu kat kajang. aku tak pandai sangat jalan ke kajang. jalan ke hj.samuri punya satay pandai la... hahaha so ni jadikan tempat pertemuan dan dinner kami malam tu.. sedap wooo...

malam tu jugak aku balik rumah mandi siap shoot balik ipoh sebab esok malam aku dah janji nak bawa family makan besar... alhamdulillah rezeki ada... so kami raikan bersama..
seafood kat simpang Lawin ni memang terbaik dari ladang!!!







jadi berakhir la kembara cinta kami pada minggu lepas yang jatuhnya pada cuti krismas hehe... im so happy. semuanya berjalan lancar. semua barang hantaran siap di cari. hari ini aku nak balik kampung dan bercuti panjang. aku kena siapkan macam-macam kat rumah tu.. ada sapa-sapa nak tolong x? hehe...


thanks Allah bagi saya kegembiraan ini..

syukur alhamdulillah


** tak sampai sebulan je lagi... sy sgt berdebar




Tuesday, December 20, 2011

Dividen ASB 2011

morning...

korang tengok tak berita semalam. aku terdengar pasal Asb semalam alhamdulillah naik juga lah dari tahun lepas. tahun lepas dividen dapat 8.75% tahun ni naik sebanyak 0.05%. jadinya sekarang...


7.65% dengan 1.15% bonus.


Oklah tu.. 8.8% Jadi dah dapat dividen ni boleh la joli katak, eh bukan-bukan seeloknya biarkan je jangan diusik. Biasanya itulah mentaliti orang kita, sebelum dividen masuk dah ada list apa nak beli dengan duit dividen tu nanti. tapi aku pun dah ada plan baik punya ni. sebenarnya start aku masuk keje kat sini aku dah buat Asb loan. rasanya tahun ni duit dividen ni aku kena guna kot emmmm...



Petikan HMetro Online

KIRA-KIRA 7.3 juta pemegang yang kini melanggan 95.9 bilion unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal menerima durian runtuh berikutan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pemberian dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Agihan pendapatan itu lebih tinggi daripada pembayaran 7.5 sen seunit tahun lalu, manakala bonus 1.15 sen adalah lebih rendah berbanding 1.25 sen sebelum ini.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji berkata, peruntukan bagi agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu, sementara bagi bayaran bonus pula, PNB memperuntukkan pembayaran RM628.29 juta.

“Sehingga 15 Disember lalu, ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion atau 56.9 peratus apabila pendapatan dividen hasil pelaburan dalam syarikat menyumbang RM4.09 bilion.



“Keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat pula menyumbang RM2.25 bilion atau 31.3 peratus kepada pendapatan kasar dan selebihnya RM0.85 bilion adalah hasil pelaburan dalam instrumen jangka pendek serta lain-lain pendapatan,” katanya ketika mengumumkan mengumumkan pengagihan pendapatan ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, pembayaran agihan pendapatan dan bonus ASB itu akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan setiap pemegang unit
Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB berakhir 31 Disember ini.

“Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan purata pegangan minimum bulanan pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula 2001 hingga 2011,” katanya.
Sehubungan itu, semua urus niaga ASB di Ibu Pejabat, pejabat dan ejen ASNB ditangguhkan mulai esok hingga 2 Januari tahun 2012. Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB bermula 3 Januari tahun depan.



*3 januari nanti sama-sama berbaris jom... hehe :)


Monday, December 19, 2011

program hinggu minggu

hai.. salam isnin semua. hari isnin memamg hari malas la. entah kenapa mungkin mood cuti-cuti masih menebal dalam diri. tak gitu?

hari ini macam nak kongsi cerita apa yang aku buat weekend ni 17 & 18 Disember 2011. siap tarikh aku pahatkan dekat sini. sabtu kemarin aku g farewell Awang kat Taman Melati, Gombak. Awang ni member kursus induksi aku. dia ni budak kuching hujung bulan ni dia dah dapat tukar balik ke sarawak. untung la dia dapat balik kampung aku ni bila la dapat tukar. nak balik ipohhhhh..... ok sambung, so petang sabtu kami beramai-ramai gerak g serbu rumah awang. kire surprise party la.. makanan malam tu kfc and Secret recipe kek :) lepas makan kenyang-kenyang siap ada games lagi. memamg best la dorang happening sunggguh..

ini la kami..... siap ada baby mia lagi. you guys rock la....



ooo malam tu aku sampai rumah pun dah lewat sangat terus je tidur sebab aku dah dapat aura lalan nak datang esok. mana tak nya asyik suh aku balik cepat je risau paginya aku tak bangun kot. aku ni senang bangun pagi ok. ternyata memang dia datang..... yeayyyy aku suka.
dekat kul 12 sampai la limosin amik kami...cewah berangan. member kami yang ambil, kami konvoi pergi kenduri 3 kereta ke kahwin member SMTSI. dulu masa sekolah pengantin ni comel sangat hahaha... nama pengantin ni Azlan & Elly.. semoga korang berbahgia selalu :)

ni jejaka-jejaka yang ada.. gadis-gadis yang cumil tak sempat nak ambil gambar la. cuma aku dengan mimie je pun.. yang cumil sangat ni baby kepada boy. geram gila tengok mulut cumil dia. gigit baru tau... nama baby ni Qalisya :)



abis je makan-makan tak kan nak balik terus kan.. cian lalan datang jauh-jauh. kena la bawak pergi jalan-jalan. kami semua terus ke Midvelly... minum pastu main bowling. first time main kat tempat gelap macam tu... tapi happening. nanti boleh pergi lagi. habis main perot dah lapar balik. kami semua g makan kat kerinchi Ayam Golek. sebab masing--masing lapar punya pasal memamg tak sempat la nak ambil gambar... gambar dalam bowling pun tak boleh ambil sebab gelap kan gambar mesti tak cun..


habis je santap (sangat kenyang dan sedap ayamnya....) shoot pergi hantar lalan ke puduraya... dia naik bas kul 9.30. selamat dia balik aku pun balik.. sampai je rumah memang tak buat ape terus tidur... penat ok..



ni saja je nak post jugak(bagi arma jeles.. kalau dia datang kl aku belanja...) meatball dengan ayam rosemarry. aku punya lunch masa hari jumaat hehe... sempat beli 1 benda kat ikea. tapi rahsia benda tu untuk mak aku...




opssssssssss ni pun saja gatal nak post... semalam sebelum g kenduri ikat dandan ni... :)


ok nanti cerita lagi bye..

Thursday, December 15, 2011

apa ombak rindu dah 10J penonton

hai..


sapa yang tak tengok lagi filem ni? sila pergi tengok sebab aku rasa best sangat kot. entah kenapa la aku asyik duk terbayangkan Aaron Aziz ni la. lakonan dia mantap ok. memang kalau aku pun sanggup kalau kena kahwin ngan dia. kacak siot.. hahaha. cerita yang berdasarkan novel ni tinggal seminggu lagi berada di layar. sekarang penontonnya dah mencecah 10j gempak kan sikit lagi nak tewaskan KLG. panggung sentiasa full masa tayangkan.. yang pasti kalau korang ada hati yang mudah kecairan sure air mata jatuh meleleh tengok babak-babak touching dalam ni... hari tu aku pergi tengok berlima dari lima orang, sorang je hati keras benar tak sedih langsung hehe...

"mulai hari ini panggil je abang... abang mintak maaf izzah abang tak sengaja" lebih kurang cam tu la ayatnya... masa ni memamg terbaik la romantik gila...

ni lak babak lepas diorang ni dah bebaik... jangan tanya apa yang jadi lagi buat tak paham ke.? hahaha...



honeymoon time... dah berbaik start la babak jiwang berjiwang... kadang-kadang tengok layan jugak kan...





and the ending is very the...... nice


i like :)


**harap maaf semua gambar aaron je.. hehe ^^



barangan hantaran

hai..

kejap je kan masa ni berlalu. kedebaran makin memuncak. tak tahu la apa yang berdebar sangat. mungkin risau majlis ada kurang sana sini. persiapan hampir 80% dah siap boleh bergumbira jugak la. kebanyakkan mak yang settlekan biasa la orang kuat kalau ada kenduri kan. tapi barangan hantaran tak beli lagi , ingatnya minggu ni or minggu depan nak buat maroton mencari barang hantaran...


Amalan berbalas barang hantaran ni sebenarnya adat Melayu yang menandakan kasih sayang di antara kedua-dua pihak keluarga ye.. barang hantaran diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan lebih sikit daripada pihak lelaki misalnya 5 dulang untuk pihak lelaki dan 7 dulang pula bagi pihak perempuan. semua dah arif agaknya..
Bajet untuk memberi barang-barang ini pula lebih bagi pihak lelaki kerana adanya peruntukan untuk barang kemas dan duit hantaran @ mas kahwin.

ni contoh barang-barang yang boleh dijadikan hantaran pertunangan / pernikahan bagi pihak perempuan:

1.Sirih junjung / Sirih dara
2.Baju Melayu & samping / baju kemeja & seluar
3.Tali Pinggang dan Wallet
4.Jam Tangan / Handphone /PDA / iPod / Notebook
5.Kasut & Stokin
6.Sejadah, Songkok & Kain Pelekat
7.Al-Qur'an / Tafsir
8.Tuala
9.Perfume
10.Kuih-muih / pulut kuning / pudding / kek / muffin/ coklat atau manisan dan sebagainya
11.Bunga Rampai / Potpourri
12.Buah-buahan

Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:

1.Cincin bertunang/hadiah tanda mas kahwin
2.Tepak sirih
3.Barang Kemas
4.Jam Tangan / Handphone / Kamera / iPod / PDA /Notebook
5.Sepersalinan pakaian / kain
6.Kasut
7.Handbag
8.Perfume
9.Sejadah & Telekung
10.Al-Qur'an / Tafsir
11.Kuih-muih / pulut kuning / pudding / kek / muffin / coklat atau manisan dan sebagainya
12.Bunga Rampai / Potpourri
13.Buah-buahan
kalau korang ada cadangan lain untuk aku pergi beli boleh la berkongsi. sebab aku dok confius lagi ni nak beli ape.. sebabnya masa bertunang dulu dah banyak bagi barang manisan jadi sekarang ingatnya nak bagi barang-barang yang boleh diguna tak la barang makanan kot.. masing-masing dah cukup makan hahaha...

ok la bai muuuuahhhh......



Wednesday, December 14, 2011

best ke pegi gym?

hai..

hari ni rasa nak update sesuatu.. tak tahu kenapa sekarang makin hari makin malas nak menulis blog ni. disebabkan tak nak bersarang sangat akan ku gagahkan jua untuk menulis.. ni cerita malam semalam masih tak basi lagi la.. boleh panaskan dan makan balik hahahaha gilak lari tajuk.

semalam setelah dekat sebulan aku bercuti aku kembali ke gym. start bulan 10 aku dah g gym sebenarnya tapi biasa la gym, gym jugak makan still makan. so tak payah la tanya berapa berat turun menyampah aku nak jawab. kalau tanya aku akan senyum macam kerang busuk je... gym ni dekat je ngan rumah aku. nama gym ni ROCKAfella terbaik kan namanya belum tengok tempatnya best sangat kot. rumah aku kat mane? kat bandar sri permaisuri , cheras ok. walaupun tak sampai 10 minit jalan kaki aku tetap gedik nak naik kereta jugak hahaha...

gym ni ada 3 tingkat semuanya, tingkat 1 universel semua boleh guna la. tingkat 2 semua body builder ok. tingkat 3 ni ruang untuk erobik sebelah dan sebelah lagi gym khas untuk wanita sahaja. tiap hari aku akan g erobik la.. best.... pas 2 turun tingkat 1 main-main banyak alatan baru kat sana dah memang tempat baru pun..

klimiks cerita aku ni ialah aku sangat teruja apabila banyak aaron aaron aziz berbadan kacak dan bergaya kat gym. wah hensem kot... cuba korang bayangkan kejap... tapi selalunya aku tunduk je depan dorang memamg tak la aku nak jadi bini pilihan hahahaha..... tapi ni la paling bestnya g gym sambil excersice boleh cuci mata :)



dapat tuala free time daftar hari tu... PINK colour of course


ni tempat kami ber Erobik.. 1 2 3 ..... 8 8 lagi......

kaki gajah saya... ahhh biar la :p


nampak tak kesungguhan muka tu? peloh-peloh yang kat baju tu. see...see... semangat kan saye? kan dah kata memang best pergi gym. (tapi kadang-kadang aku malas jugak pergi normal ok....)


Friday, December 9, 2011

air asia promosi 10 sen

hai...
assalamualaikum..

sapa yang suka bercuti silalah ambil peluang. tak tahu terlambat atau x hehe... air asia ada buat promo tiket bermula harga 10sen mulai semalam sampai esok 10 disember. aku pun banyak kali try masuk kena tendang je sebab line Air Asia bz sangat.

tapi biasa la aku x putus asa xkan nak lepaskan peluang ni.. hati nak pergi Kota Kinabalu pagi-pagi sampai je ofis semalam terus bukak website Air Asia ni... pas 2 kecewa sebab semua tiket ke sana dah xde yang 10sen. semua dah mahal...

pas2 tengok lak kuching masih ada banyak lagi... tanya kawan-kawan dorang ok ke x? sebab semalam dah bincang nak g KK. aku sebenarnya dah book tiket g Kuching tuk bulan mac nanti. konon-konon nak g honeymoon la berdua hahaha... semalam aku g book lagi pergi kuching untuk kami berdua bersama-sama 10rang kawan-kawan yang lain.. (mesti mak bising kalau tau ni...) tapi lain la kot kali ni g ramai-ramai pulak. kami akan pergi 1 julai nanti.. tiket seorang rm 35.20 termasuk tax semua sekali.. berbaloi-baloi kan :)

so jangan lepaskan peluang bercuti dengan jimat ini....
(habiskan cuti-cuti dalam malaysia dulu nanti baru g luar negara... setuju???)


sayang la kat Air Asia..

selamat pengantin baru ayaya molika

rasa nak ucap selamat kat member sorang ni yang baru je selamat di ijabkabul pada minggu lepas 2 disember 2011.. dorang ni geng yang sama-sama ambil kursus kawin ari 2.. korang cantik sangat jadi pengantin.. boleh dijadikan inspirasi tapi xdapat nak ambil gambar banyak-banyak la. yang kat bawah ni suweet sangat!!



selamat pengantin baru nadiah & hafiz


semoga bahagia selalu dan cepat-cepat la dapat baby ye...










v


v


v


v

v


v



pengantinwati to be :))

aku je comel hahahaha.....


kursus induksi



Assalamualaikum...

berbulan bulan bulan x menghadap blog. sorry ek mesti follower sume bosan sebab xde cerita best. sebenar aku baru balik dari kursus induksi. lepas abis kursus lak aku bercuti panjang. banyak projek dijalankan sepanjang percutian 5 hari aku

sure semua tau kan tuk ape kursus induksi ni so xyah la cte.. kursus ni mungkin terakhir sebab lepas ni JPA dah tukar format baru. ari tu aku kena berkursus kat Tasoh Lake Resort, Kaki Bukit, Perlis Indra Kayangan. bayangankan 2 minggu duk sana. hanya yang jumpa fasilitator ngan peserta kursus je disertai dengan makan sebanyak 6 kali sehari hahahaha.... kami kat sana jadi rapat sebab sentiasa bersama. sangat best la.... tempat pun boleh tahan la xde la duk macam kat asrama. ni resort so agak selesa walaupun tiap hari hujan kan.. aktiviti kat sana macam biasa setiap hari penuh aktiviti kadang-kadang terpaksa tidur lambat la nak siapkan tugasan yang diberi.


kat bawah ni bendara kumpulan aku kumpulan MERAK!!!




korang yang x dapat g kursus induksi memang rugi lar.. hehe.kawan-kawan induksi aku memamg best happening :)


pas balik induksi kan aku cuti so masa 2 aku penuhkan dengan membeli belah.. banyak barang x siap lagi tuk majlis nanti... ari 2 aku ade beli barang tuk buat hantaran nanti aku upload ok..

ok bai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...