CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, July 25, 2012

5 ramadhan dan pengalaman

salam 5 ramadhan..

dah 5 hari berpuasa.. alhamdulillah aku pun bersempatan berpuasa. hari ni hari ke 3 bekerja setelah bercuti panjang. semua orang dah sibuk beli baju raya bagai.. aku ni apa pun x prepare. langsung malas. baju raya selalunya tiap tahun x penah missed. kali ni x hantar tempah pun.. biar la nanti cari je siap kalau xde saiz xde la pakai baju raya nanti...

aku nak kongsi sikit pengalaman aku lalui. entri sebelum ni aku dah cerita ape jadi..
sungguh x di sangka kejadian ni menimpa aku dan keluarga..
mulanya khamis 5/07/2012 aku pergi kerja macam biasa tapi masa tu mak, ayah aku ada urusan di KL ni. Memang dari isnin aku dah bercuti sampai rabu. Khamis aku datang KL ngan mak abah la.. sempat kerja sehari. Petang tu hati aku nak sangat ikut mak, abah balik Ipoh. tuhan nak mudahkan jalan, nasib la aku ikut balik.. kalau sorang-sorang kat sini??

sampai Ipoh husben aku ambik la aku balik rumah kami.. time tu badan aku sejuk semacam gigil-gigil. husben aku dah pakaikan baju tebal, siap selimut, letak tuala basah kat dahi , tapi still x kebah. sampai la kul 12mlm aku nak terkencing.. masa bangun tu ada darah kat seluar husben aku yang perasan. Disebabkan risaukan aku yang tengah demam ni husben aku ikut la ke tandas sama, risau aku jatuh la kan. time nak kencing tu sekali ada sesuatu keluar. Tuhan je tau apa aku rasa bila nampak........... Kuat aku jerit sampai semua jiran datang tengok.

bila tengok husben aku nangis aku bertambah-tambah la nangis. sambil jerit "nak mak...." mak aku sampai dia pun nangis aku lagi lagi berganda nangisnya.. kejap je ambulans sampai. nasib rumah dekat ngan hospital.

kat hospital dah la sejuk, aku dah la demam. bertambah demam la jadinya... malam 2 jugak aku kena puasa sebab esoknya kena "cuci" proses biasa bila jadi macam ni.. paham la kan. aku runsing betul dengan doktor-doktor pelatih yang ramai sangat. lagi sakit rasanya... masa kat hospital kerja aku nangis je.. nangis je mampu aku buat.

sampai sekali ada seorang doktor lelaki singh datang bagi tazkirah panjang kat aku.. kononnya nak bagi semangat. tapi aku dengar lagi sedih.. senang je dia cakap. 3 hari 2 malam aku duk hospital... kena masuk air la, kena masuk antibiotik la walaupun dah baik demam. masa nak keluar tu doktor bagi MC seminggu je... aku dah nangis kaw-kaw dah fikirkan nak balik KL cepat sangat.. kt KL dah la xde sapa nak jaga aku.. terpaksa tambah cuti sendiri.

alhamdulillah aku selesai berpantang. aku terima dugaan Allah kepada aku ni. aku redho.. tapi aku sedih sebab aku jauh ngan husben aku, ngan family aku... sedih sebab xde sapa nak tengok-tengokkan aku kat sini... sedih sebab fikirkan sampai bila aku kena berjauh macam ni.. aku xnak benda ni jadi lagi. xsanggup xrela... nak buat kerja pun xde mood. sory la bos saya memang malas nak kerja tu la sapa suruh susah sangat nak tukarkan saya..


Sunday, July 15, 2012

cerita sedih

assalamualaikum...hai blog kesayangan..

berkurun xupdate blog aku ni... mood terbang hilang kemana.. ilang bersama kegembiraan yang tuhan pinjamkan pada aku sekejap...

rezeki yang tuhan bagi telah diambil kembali... 5/7/2012 punya sejarah sendiri.. dugaan yang besar untuk aku.. mungkin ini ketentuan tuhan. im miscarriage dlm erti bahasa melayu saya keguguran.. semoga ade hikmah yang baik disebalik kejadian... tuhan dah rancang hidup kita dengan sebaik-baiknya... ye aku dah redho.. redho dengan dugaan ini.

nanti bila hati dah kembali sihat aku cerita balik pengalaman ni...
doakan aku cepat2 sihat...

:'( :'(
:'(
:'( :'(
:'( :'(
:'( :'(
:'( :'(
:'( :'(
:'(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...