CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, May 29, 2012

al-kisah delima

hai... assalamualaikum


sunyi je blog aku ni ye lame x berupdate.. tuan punya badan tersangat la malas nak menulis.. hari-hari jenguk blog orang lain. best bace...


dah berapa hari aku duk cari buah delima ni.. ni semua sebab anum la post kat blog die pasal kebaikan delima ni terus aku mengidam nak jugak.. semua orang aku suh pergi cari. memang susah nak dapat. kat pasar malam pun susah nak jumpa.. akhirnye jumaat lepas FIL aku dapat mencari buah ni. mahal dia beli harga rm5 sebiji.. tapi buahnya sangat elok, manis, merah memang sedap...


masa nak makan tu, aku ni first time makan kan so tak xtau nak makan camne.. sebelum makan call mak, tanya boleh ke x makan biji. mak cakap keras kan xyah la makan. xpuas hati ty lak MIL, dia cakap makan sekali biji kunyah2 telan je xmati pun hahahaha... last2 seacrh intenet, memang sah biji delima boleh dimakan siap ade yg telan camtu je..


tapi aku memang xleh nak telan la.. husben aku kupas leraikan sume aku amik banyak2 masuk mulut isap2 kunyah sikit pas2 biji yang xleh nak telan 2 aku keluarkan balik hehe... tapi serius sedap. minggu ni nak suh FIL cari lagi la....



ni info aku amik kat FB..

baca ok... dan boleh amalkan juge :)


Makanan Kesukaan Nabi – Makanan sunnah


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah , menguatkan buah pinggang , membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan , minuman segala minuman , ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas , membuka selera , menguatkan perut , membuang kahak . Baik diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang , memperbaiki otak , memperbaharui pandangan mata , membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata , perancang keluarga .

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan , merawat radang perut.

10. Buah Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.


11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular ketika ini di restoran-restoran itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.


Thursday, May 17, 2012

khabar gembira =)

Assalamualaikum...

nak kongsi berita gembira... alhamdulillah im pregnent :)

dah 2 bulan pun...


al-kisahnya camni.... aku memang x menghadapi sebarang morning sickness or ape2 tanda alahan. cuma ada la muntah2.. tapi kalau di kirakan baru 3 kali je pun... sekali 2 aku termuntah masa kat pentry ofis.. kecoh lah kakak2 ofis aku.. dorang ni dah lama dok kate nampak cam aku ni dah ada isi.. tapi biase aku buat xtau je... sekali kakak sorang ni namanya Wan Sakinah telah membelikan alat di bawah tanpa aku suruh pun.. 2 la permulaannye....


esok paginya aku ingat 10 mei aku pun test la... test dalam bilik air la kan.. so bodoh2 tunggu la kejap pas2 tengok benda ni sama je.. ntah apa berubah pun xtau... masuk bilik baru baca balik panduan macam mana nak tengok benda ni berfungsi... ooooooo aku tengok positif ada 2 line.. tapi hati duk kata jangan gembira sangat sebab takut benda ni tipu ke kan...


sampai je ofis kakak2 ofis ape lagi duk tanya la... aku pun tunjuk jela result yang dapat.. sume kate memang sah pregnent. aku x pecaye lagi.. so malas happy lagi... sebab esok aku nak g check ngan doctor tuk pastikan.. soknya hari jumaat. balik ipoh and suh en.hubby temankan...
balik ipoh dengan perasaan berdebar-debar aku g la klinik nak check... alhamdulillah syukur sangat2 aku dah pregnent. memang aku x merancang untuk first baby ni... syukur sangat Dia bagi rezeki kat kami... doctor pesan kat aku jalan banyak jalan, naik tangga pun jangan.. jangan makan nenas, durian, pisang pun. sebab aku ada bleeding ckit.. doctor dah bagi ubat... kalau aku rehat je memang ok xde la darah keluar... nampaknya terpaksa cancel holiday next month g Kuching :)

ni hasil Scan kat klinik... korang doakan aku ngan baby selamat tau... harap2 kami sentiasa sihat... aku sdey hubby jauh tapi xpela akan ku tempoh jua.. mungkin ada hikmah di sebalik semua ni... ape pun im so happy dengan news ni =)

Burger kaw kaw, Lokas Makana.

Assalamualaikum....
very good morning to all.. sihat? aku semakin sihat... alhamdulillah. dan aku ada good news nanti la cerita.. ni gambar minggu lepas.. cerita tanpa gambar cam x lengkap je hidup kan..

ni namanye berger kaw kaw... disebabkan selalu di perkatakan aku pun x tahan. kena mencubanye sendiri.. so minggu lepas mak bapak aku singgah KL. dorang baru balik dari Konvo Adik aku kat UTM, Skudai... sdey aku x dapat pegi.. sebab konvonye hari selasa.. kalau isnin xpe gak... apa pun tahniah la tuk adik aku Amira namanye sekarang dia sambung PHD dah pun.. terer betoi la budak 2...

sambung balik cerita berger ni.. Lokas Makana ni letaknye kat Puchong Utama. senang je nak cari tempat ni.. semua ade Gps dah kan kan.... selalu orang cakap nak beli berger ni kena tunggu kurang2 2 jam, tapi malam rabu so x ramai orang aku tunggu 40minit je dah sampai.. harga lak kalau berger single Rm7.50, tambah Cheese jadi Rm8.50, tambah lagi hotdog Rm1.50 so total sepinggan yang aku oder ni Rm10.00.. daging berger ni punya la tebal.. memang kenyang nak habiskan siap aku buang roti kat atas 2 sebab x muat mulot dah hahaha...
ni my mak.. dah ready nak NGAPPPPP........


my abah.... NGAPPPPPP.....


pastu aku lak NGAPPPPPPP......
Alhamdulillah terlepas hajat nak makan berger ni... sedap la.. sapa x penah try silakan try ok... bye :)



Tuesday, May 8, 2012

drive thru soya in Ipoh

hai... assalamualaikum.
macam biasa aku ni sentiasa menghitung hari... x sabar nak tunggu hari jumaat. rasa lambat sangat masa ni pun... harini rasa nak cite pasal Soya. sapa suka soya? kat Ipoh ada 1 kedai drive thru Soya yang terbaik.. ahad lepas aku g la sana panjang kereta berbaris nak tunggu turn membeli soya.. kat sini boleh minum terus kat situ or bungkus bawak balik... menu lain yang ada selain soya ialah Tau Fu Fah and Lengkong sahaja.



tengok orang yang berbaris depan kedai pun ramai kan...


ni kereta yang berbaris pulak...


sila tunggu anda akan di layan sebentar lagi... x perlu keluar kereta hahaha....
aku ngan hubby minum kat sini pas2 bungkus bawak balik lagi.... puas sebab sedap soya dia sedap sangat. xtau kenapa rasa memang fresh... kedai kat sini buka pada 10 pagi sampai semua soya habis... best kan.. maknanya setiap hari soya baru la kat kedai ni.. sapa g ipoh boleh la cari tempat ni hehe :)


Monday, May 7, 2012

aktiviti tertunda...

Assalamualaikum... ape khabar blogger sekalian.. lame x dapat update blog. blog buat hal.. akhirnye dengan bantuan rakan sebelah meja berjaya juga nak update blog. dah masuk bulan mei kan... Welcome May Please Be Nice To Everyone^^

dah lebih kurang 3 bulan aku jadi wife orang tapi life sama je.. cuma tiap jumaat haruslah pulang berjumpa husben terchinta.. cian dia kena tinggal lama2 kan... ni cerita minggu lepas, kami dah lama x tengok wayang disebabkan aku terpengaruh dengan komen2 kat twitter aku pun ajak la hubby tengok cite ni BERANI PUNYA BUDAK!! ok kesimpulannya x best... rugi x tengok Avengers rugi rugi... nak cari CD nanti sebab Filem 2 dah meletop sampai mengalahkan kutipan Filem Titanic woooooo......



sebelum tengok wayang haruslah ada sesi makan-makan, wajib nanti kebuluran lak. pilihan kami malam 2 nindia... Chicken Chop yang best ni boleh didapati di MEE REBUS RAMLI, Taman Perpaduan. sekali makan mesti nak lagi... aku dah berapa kali datang sini memang x mengecewakan la...
sila amik bau ye hahahaha.....




ni hubby aku pesan, MEE REBUS. sedap sangat mee dia kuah pekat melikat xde bau udang kering cam selalu kat kedai2 biasa... boleh memutuskan selera aku... wah promosi lak hehe..



sekian. minggu depan nak g mancing.. lama x makan ikan :)

bye...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...