CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, March 12, 2013

ini semua pengalaman..

Assalamualaikum...

hati kuat.. kuat rasa nak sambung cerita. untuk aku baca next time, boleh jugak share pengalaman ni kan..
mesti semua dh biasa dengan perkataan 'cuci' kan.. bila dah keguguran proses ni mesti kena lalu. masa tu pukul 6 petang aku masuk bilik bedah. bilik tu sejuk sangat... doktor sana pakai baju sampai 5 lapis, yang aku ni cuma pakai kain selapis dah la nipis. sejuk sampai terketar-ketar! dah la memang takut.. aku cakap kat family aku, kat hubby jugak tunggu luar bilik sampai semua settle sebab aku keluar aku nak tengok dorang.. xpun dorang tengok aku..

mak pesan baca je ayat2 yang ingat. disebabkan badan aku ni besar aku di bius separuh badan je, sebab doktor bius tu kate kalau bius 1 badan agak bahaya (kalau berat badan normal memang bius 1 badan...) time ni la sakit, sakit sebab dia akan cucuk kat tulang belakang..( orang cakap nanti tua2 ada efect bila cucuk tu ntah la...) bila dah cucuk kebas mula rasa kat kaki.. pas2 semua x rasa dah... ubat bius ni akan kekal selama 6jam. 2 jam jugak dalam bilik bedah akhirnya aku keluar. tengok muka kesayangan semua ada. alhamdulillah...

malam pun menjelma.. tau la duk wad mana leh mata nak tidur.. keje aku temenung je pas2 nangis pas2 temenung lagi... dalam kepala nak balik umah cepat sebab duduk wad buat aku lagi sakit, sangat sakit..
esok pagi aku rasa sihat sikit (kena buat2 sihat sebab nak balik) kesan bius pun dah ilang. dalam kul 9 pagi doktor pakar datang cek. aku kena g scan tengok sama ada semua dah di'cuci' dengan baik ke tak...

dan...........
inilah masa aku paling down sangat sangat sangat!!! doktor 'cuci' gila sebab masih ada uri yang tertinggal kat dalam. Ya allah aku memang terduduk menangis sampai doktor pakar 2 bagi nasihat macam2 aku buat xtau je.. macam mane boleh dorang buat kerja 2 kali. sangat tension.. doktor 2 cakap kali ni biar dia yang buatkan tuk aku. tapi semuanya cam xde kesan kat hati..

keesokkan harinya proses yang sama aku kena ulang. tengahari masuk bilik bedah, sakitnya tuhan je tau.. aku je tau... mak aku cakap cian tengok aku, mak cakap jaga la baik2 pasni.. sedihnya........ jadi malam ketiga aku tidur wad. 3 malam x tidur sakit kepala datang dengan dasyatnya.. tapi muka kena maintain pagi esok aku kena balik jugak x larat dah duduk atas katil je.. pagi 2 aku kuatkan badan g basuh muka semua cuba duduk dengan baik tunggu doktor pakar datang.. sampai giliran aku boleh lak doktor tu cakap muka aku pucat sangat. mana x pucat sakit kepala teramat... dia kate nak test darah aku lak sebab takut badan x cukup darah.. memang tension! sabar sabar sabar... dalam hati beristiqafar banyak2.. mak kate baca je baca sampai lena...

nak tunggu result blood test punya la lama.. akhirnye petang dapat result,semuanya ok.darah aku ok. alhamdulillah. petangnya hubby datang aku balik dengan sedih pedih campur happy sebab dah keluar hospital.

dan... aku akan berpantang seperti biasa kat rumah mak.. Pantang sama macam orang melahirkan 2.. tapi cuti hanya dapat seminggu je.. seminggu lagi aku akan tambah cuti sendiri. semalam aku dah start keje..

korang2 kat luar sana jaga kesihatan baik2 tau.. aku pun sama.. terima kasih semua yang jaga aku. yang tersangat care. terima kasih terima kasih... semoga benda ni xkan berulang lagii...
doakan yang terbaik tuk aku dan aku doakan yang terbaik tuk kalian.... Ya Allah aku redho dengan ketentuan ini.




Monday, March 11, 2013

all in one! after a long hibernation...

Assalamualaikum...

rindunya kt blog ni.. walaupun blog ni untuk kita aje (maksud lain x glem pun..). lama sungguh x jenguk bukan nya bz tapi ntah la semua ada malas ada campur ckit xde cerita campur ckit bz hehe...

so entry kali ni harus la panjang berjela. sapa malas baca sila undur diri awal2 ye.. :)

2013! semua berjalan dengan baik sehingga la 18 Febuari. emmm... sedih nak cerita.
ok macam mane nak start pun xtau ni. dec 12, aku pregnent lagi.. kali ke 2. (dulu aku penah pregnent then gugur masa tu umur kandungan 3 bulan)
happy dapat berita ni. tapi kali ni langkah berdiam aku amik sebab aku fobia nak cerita ngan semua orang. walaupun ni sebenarnya cerita gembira an an... sepanjang prenant kali ni aku cam dulu jugak baik, sihat, xde muntah2, makan selera je... sangat la good girl.

dulu aku berulang kl-ipoh naik bas setiap minggu sekarang aku drive ipoh-kampar setiap hari.. semuanya ketentuan-Nya mungkin ni dugaan untuk aku.. aku terima aku redho..
18 febuari - pagi subuh dalam kul 6.30 cam biasa aku bangun tidur.. tapi pagi tu rasa lain sangat perut sakit. sakit macam nak berak tu, tapi bukan nak... aku panggil hubby bagitau dia perut ni sakit. aku baring lagi x bangun pun. masa tu aku dah nangis2 dah sambil sebut "baby kuat la jangan bagi mama takut..."
hubby cakap xde apa la sakit biasa je.. dia ambikkan susu suh minum. xlama lepas tu ada darah keluar.. terus sarung baju pergi hospital. dalam hati? tuhan je yang tahu. dan aku tahu ada yang xkena.... aku x jatuh bilik air x buat keje berat pun aku tidur je boleh lak berdarah camtu...

sampai hospital masuk emergency wad. cek2 ada yang xkena hantar pergi x-ray. dan result?
baby dah ade dekat bawah doktor kata baby macam nak terkeluar! anak mama dah 4bulan masa tu.. hati aku? hancur... hancur luluh...
(ya allah tengah tulis ni pun aku dah nangis berciciran.. tapi aku nak share jugak)
aku tau masa 2 dah xde harapan... xde harapan. xtau kenapa aku di uji begini. ya betul semua kehendak-Nya..

dicucuknya punggung aku katanya supaya janin tu boleh keluar sendiri. sakit memang sakit.. tapi hati lagi sakit sangat sakit.. pedih aku je yang tanggung.. lagi sedih tengok muka hubby aku. aku tengok dia kuat, x nangis cam dulu. semua family aku ada... petang tu dengan bantuan doktor akhirnya keluarlah anak mama. x sempat nak tengok dunia dengan mata,. mama x kuat sorry sayang.................

sayang tunggu mama kat syurga ya..

** sorry xdapat nak sambung cerita its too hard.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...