CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, March 12, 2013

ini semua pengalaman..

Assalamualaikum...

hati kuat.. kuat rasa nak sambung cerita. untuk aku baca next time, boleh jugak share pengalaman ni kan..
mesti semua dh biasa dengan perkataan 'cuci' kan.. bila dah keguguran proses ni mesti kena lalu. masa tu pukul 6 petang aku masuk bilik bedah. bilik tu sejuk sangat... doktor sana pakai baju sampai 5 lapis, yang aku ni cuma pakai kain selapis dah la nipis. sejuk sampai terketar-ketar! dah la memang takut.. aku cakap kat family aku, kat hubby jugak tunggu luar bilik sampai semua settle sebab aku keluar aku nak tengok dorang.. xpun dorang tengok aku..

mak pesan baca je ayat2 yang ingat. disebabkan badan aku ni besar aku di bius separuh badan je, sebab doktor bius tu kate kalau bius 1 badan agak bahaya (kalau berat badan normal memang bius 1 badan...) time ni la sakit, sakit sebab dia akan cucuk kat tulang belakang..( orang cakap nanti tua2 ada efect bila cucuk tu ntah la...) bila dah cucuk kebas mula rasa kat kaki.. pas2 semua x rasa dah... ubat bius ni akan kekal selama 6jam. 2 jam jugak dalam bilik bedah akhirnya aku keluar. tengok muka kesayangan semua ada. alhamdulillah...

malam pun menjelma.. tau la duk wad mana leh mata nak tidur.. keje aku temenung je pas2 nangis pas2 temenung lagi... dalam kepala nak balik umah cepat sebab duduk wad buat aku lagi sakit, sangat sakit..
esok pagi aku rasa sihat sikit (kena buat2 sihat sebab nak balik) kesan bius pun dah ilang. dalam kul 9 pagi doktor pakar datang cek. aku kena g scan tengok sama ada semua dah di'cuci' dengan baik ke tak...

dan...........
inilah masa aku paling down sangat sangat sangat!!! doktor 'cuci' gila sebab masih ada uri yang tertinggal kat dalam. Ya allah aku memang terduduk menangis sampai doktor pakar 2 bagi nasihat macam2 aku buat xtau je.. macam mane boleh dorang buat kerja 2 kali. sangat tension.. doktor 2 cakap kali ni biar dia yang buatkan tuk aku. tapi semuanya cam xde kesan kat hati..

keesokkan harinya proses yang sama aku kena ulang. tengahari masuk bilik bedah, sakitnya tuhan je tau.. aku je tau... mak aku cakap cian tengok aku, mak cakap jaga la baik2 pasni.. sedihnya........ jadi malam ketiga aku tidur wad. 3 malam x tidur sakit kepala datang dengan dasyatnya.. tapi muka kena maintain pagi esok aku kena balik jugak x larat dah duduk atas katil je.. pagi 2 aku kuatkan badan g basuh muka semua cuba duduk dengan baik tunggu doktor pakar datang.. sampai giliran aku boleh lak doktor tu cakap muka aku pucat sangat. mana x pucat sakit kepala teramat... dia kate nak test darah aku lak sebab takut badan x cukup darah.. memang tension! sabar sabar sabar... dalam hati beristiqafar banyak2.. mak kate baca je baca sampai lena...

nak tunggu result blood test punya la lama.. akhirnye petang dapat result,semuanya ok.darah aku ok. alhamdulillah. petangnya hubby datang aku balik dengan sedih pedih campur happy sebab dah keluar hospital.

dan... aku akan berpantang seperti biasa kat rumah mak.. Pantang sama macam orang melahirkan 2.. tapi cuti hanya dapat seminggu je.. seminggu lagi aku akan tambah cuti sendiri. semalam aku dah start keje..

korang2 kat luar sana jaga kesihatan baik2 tau.. aku pun sama.. terima kasih semua yang jaga aku. yang tersangat care. terima kasih terima kasih... semoga benda ni xkan berulang lagii...
doakan yang terbaik tuk aku dan aku doakan yang terbaik tuk kalian.... Ya Allah aku redho dengan ketentuan ini.




3 comments:

...miSS fAi... said...

huhuhuhu, sedih baca entry ko... kuatkan semangat selalu. jangan terlalu stress tambah-tambah dlm keadaan ko sekarang ni. jgn putus asa, jangan lupa setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. percaya pada ketentuan Allah. tabahkan hati. setiap manusia pasti akan diuji Allah. semoga Allah melimpahkan rahmat kepada wawa sekeluarga dan kurniakan kesihatan & zuriat yang soleh & solehah. aminnn
=)

M.I.Z W.A.W.A said...

terharu aku baca komen ko fai.. thanks ya. amin....

Dania Rosly said...

sabar wa....aku pn sedih baca pasal ni..tuhan nk uji ko...DIE x izinkan lg tu..xpe usaha yg penting..aku sentiasa doakan utk ko..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...