CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, December 15, 2011

barangan hantaran

hai..

kejap je kan masa ni berlalu. kedebaran makin memuncak. tak tahu la apa yang berdebar sangat. mungkin risau majlis ada kurang sana sini. persiapan hampir 80% dah siap boleh bergumbira jugak la. kebanyakkan mak yang settlekan biasa la orang kuat kalau ada kenduri kan. tapi barangan hantaran tak beli lagi , ingatnya minggu ni or minggu depan nak buat maroton mencari barang hantaran...


Amalan berbalas barang hantaran ni sebenarnya adat Melayu yang menandakan kasih sayang di antara kedua-dua pihak keluarga ye.. barang hantaran diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan lebih sikit daripada pihak lelaki misalnya 5 dulang untuk pihak lelaki dan 7 dulang pula bagi pihak perempuan. semua dah arif agaknya..
Bajet untuk memberi barang-barang ini pula lebih bagi pihak lelaki kerana adanya peruntukan untuk barang kemas dan duit hantaran @ mas kahwin.

ni contoh barang-barang yang boleh dijadikan hantaran pertunangan / pernikahan bagi pihak perempuan:

1.Sirih junjung / Sirih dara
2.Baju Melayu & samping / baju kemeja & seluar
3.Tali Pinggang dan Wallet
4.Jam Tangan / Handphone /PDA / iPod / Notebook
5.Kasut & Stokin
6.Sejadah, Songkok & Kain Pelekat
7.Al-Qur'an / Tafsir
8.Tuala
9.Perfume
10.Kuih-muih / pulut kuning / pudding / kek / muffin/ coklat atau manisan dan sebagainya
11.Bunga Rampai / Potpourri
12.Buah-buahan

Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:

1.Cincin bertunang/hadiah tanda mas kahwin
2.Tepak sirih
3.Barang Kemas
4.Jam Tangan / Handphone / Kamera / iPod / PDA /Notebook
5.Sepersalinan pakaian / kain
6.Kasut
7.Handbag
8.Perfume
9.Sejadah & Telekung
10.Al-Qur'an / Tafsir
11.Kuih-muih / pulut kuning / pudding / kek / muffin / coklat atau manisan dan sebagainya
12.Bunga Rampai / Potpourri
13.Buah-buahan
kalau korang ada cadangan lain untuk aku pergi beli boleh la berkongsi. sebab aku dok confius lagi ni nak beli ape.. sebabnya masa bertunang dulu dah banyak bagi barang manisan jadi sekarang ingatnya nak bagi barang-barang yang boleh diguna tak la barang makanan kot.. masing-masing dah cukup makan hahaha...

ok la bai muuuuahhhh......



2 comments:

suzie rahman said...

hihihi...mesin bsuh, set sofa, tv, katil yg PENTING..muat x ats dulg?? haha

sis wawa said...

idea anda tak bernas... sila tukar yang lain... ish.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...