Saturday, December 31, 2011
Wish 2012
Lagi beberapa jam je lagi tahun 2011 akan meninggalkan kita.. Dan muncul la tahun 2012 pulak.. Tahun bertambah umur pun bertambah.. Azam korang tahun lepas macam mana? Dapat di capai ke? Aku tak capai sangat target dalam 80% dah tercapai.. Tapi xpela aku bersyukur sangat. Boleh di katakan hidup aku sempurna dengan orang-orang tersayang di sekeliling.. Tahun depan insyaallah status aku pun akan bertukar.
Ni di antara wish aku atau lebih tepat azam aku la.. Pertama aku nak confirm kerja sebab aku nak sangat beli rumah.. Aku nak simpan duit banyak-banyak supaya ujung tahun boleh melancong beramai-ramai. Lagi 1 aku ni bila la nak kurus entah. Asyik takde mood je nk usaha. Lagi lagi aku nak pakai tudung secara full time.. Hahaha. Aku kan dah berstatus baru. Harap semuanya baru la..
Apa lagi ek.. Emmmm ade 6jam lagi tuk berfikir hehe..
Sempena tahun baru ni aku nak jugak la mintak maaf kalau ada tersalah kata terkasar bahasa atau tersalah tulis. Maaf tau.. Selamat tahun baru 2012 semua.. Semoga hidup kita dirahmati dan diberkati selalu :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, December 29, 2011
kembara cinta
agak lama tak menulis. kesibukan melanda di akhir tahun. arini rasa nak cerita pasal sabtu lepas. aktiviti paling best sekali. aku rasa spises cam aku mesti suka punya. SHOPPING!!!!


muka saya yang gumbira bershoping...

ni lunch atas permintan lalan ye... dia request nak makan kat nandos so ni la yang kami makan.. dari 10 aku bagi 8 markah je... tapi sumpah sup dia sedap...
pencarian yang xtak di jumpai di teruskan ke midvelly. jalan punya jalan bukan saja barang lalan aku beli barang untuk aku pun dia belikan. tengok kasut kat bawah ni. berangan nak pakai tapi rasa macam tak mampu je tinggi sangat kak oiii.... sweet kan?


seafood kat simpang Lawin ni memang terbaik dari ladang!!!

Tuesday, December 20, 2011
Dividen ASB 2011
Agihan pendapatan itu lebih tinggi daripada pembayaran 7.5 sen seunit tahun lalu, manakala bonus 1.15 sen adalah lebih rendah berbanding 1.25 sen sebelum ini.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji berkata, peruntukan bagi agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu, sementara bagi bayaran bonus pula, PNB memperuntukkan pembayaran RM628.29 juta.
“Sehingga 15 Disember lalu, ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion atau 56.9 peratus apabila pendapatan dividen hasil pelaburan dalam syarikat menyumbang RM4.09 bilion.
Beliau berkata, pembayaran agihan pendapatan dan bonus ASB itu akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan setiap pemegang unit
Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB berakhir 31 Disember ini.
“Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan purata pegangan minimum bulanan pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula 2001 hingga 2011,” katanya.
Sehubungan itu, semua urus niaga ASB di Ibu Pejabat, pejabat dan ejen ASNB ditangguhkan mulai esok hingga 2 Januari tahun 2012. Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB bermula 3 Januari tahun depan.
*3 januari nanti sama-sama berbaris jom... hehe :)
Monday, December 19, 2011
program hinggu minggu
hari ini macam nak kongsi cerita apa yang aku buat weekend ni 17 & 18 Disember 2011. siap tarikh aku pahatkan dekat sini. sabtu kemarin aku g farewell Awang kat Taman Melati, Gombak. Awang ni member kursus induksi aku. dia ni budak kuching hujung bulan ni dia dah dapat tukar balik ke sarawak. untung la dia dapat balik kampung aku ni bila la dapat tukar. nak balik ipohhhhh..... ok sambung, so petang sabtu kami beramai-ramai gerak g serbu rumah awang. kire surprise party la.. makanan malam tu kfc and Secret recipe kek :) lepas makan kenyang-kenyang siap ada games lagi. memamg best la dorang happening sunggguh..
ini la kami..... siap ada baby mia lagi. you guys rock la....

ooo malam tu aku sampai rumah pun dah lewat sangat terus je tidur sebab aku dah dapat aura lalan nak datang esok. mana tak nya asyik suh aku balik cepat je risau paginya aku tak bangun kot. aku ni senang bangun pagi ok. ternyata memang dia datang..... yeayyyy aku suka.
dekat kul 12 sampai la limosin amik kami...cewah berangan. member kami yang ambil, kami konvoi pergi kenduri 3 kereta ke kahwin member SMTSI. dulu masa sekolah pengantin ni comel sangat hahaha... nama pengantin ni Azlan & Elly.. semoga korang berbahgia selalu :)




Thursday, December 15, 2011
apa ombak rindu dah 10J penonton



barangan hantaran
kejap je kan masa ni berlalu. kedebaran makin memuncak. tak tahu la apa yang berdebar sangat. mungkin risau majlis ada kurang sana sini. persiapan hampir 80% dah siap boleh bergumbira jugak la. kebanyakkan mak yang settlekan biasa la orang kuat kalau ada kenduri kan. tapi barangan hantaran tak beli lagi , ingatnya minggu ni or minggu depan nak buat maroton mencari barang hantaran...
Bajet untuk memberi barang-barang ini pula lebih bagi pihak lelaki kerana adanya peruntukan untuk barang kemas dan duit hantaran @ mas kahwin.
ni contoh barang-barang yang boleh dijadikan hantaran pertunangan / pernikahan bagi pihak perempuan:
1.Sirih junjung / Sirih dara
2.Baju Melayu & samping / baju kemeja & seluar
3.Tali Pinggang dan Wallet
4.Jam Tangan / Handphone /PDA / iPod / Notebook
5.Kasut & Stokin
6.Sejadah, Songkok & Kain Pelekat
7.Al-Qur'an / Tafsir
8.Tuala
9.Perfume
10.Kuih-muih / pulut kuning / pudding / kek / muffin/ coklat atau manisan dan sebagainya
11.Bunga Rampai / Potpourri
12.Buah-buahan
2.Tepak sirih
3.Barang Kemas
4.Jam Tangan / Handphone / Kamera / iPod / PDA /Notebook
5.Sepersalinan pakaian / kain
6.Kasut
7.Handbag
8.Perfume
9.Sejadah & Telekung
10.Al-Qur'an / Tafsir
11.Kuih-muih / pulut kuning / pudding / kek / muffin / coklat atau manisan dan sebagainya
12.Bunga Rampai / Potpourri
13.Buah-buahan
ok la bai muuuuahhhh......

Wednesday, December 14, 2011
best ke pegi gym?
hari ni rasa nak update sesuatu.. tak tahu kenapa sekarang makin hari makin malas nak menulis blog ni. disebabkan tak nak bersarang sangat akan ku gagahkan jua untuk menulis.. ni cerita malam semalam masih tak basi lagi la.. boleh panaskan dan makan balik hahahaha gilak lari tajuk.
semalam setelah dekat sebulan aku bercuti aku kembali ke gym. start bulan 10 aku dah g gym sebenarnya tapi biasa la gym, gym jugak makan still makan. so tak payah la tanya berapa berat turun menyampah aku nak jawab. kalau tanya aku akan senyum macam kerang busuk je... gym ni dekat je ngan rumah aku. nama gym ni ROCKAfella terbaik kan namanya belum tengok tempatnya best sangat kot. rumah aku kat mane? kat bandar sri permaisuri , cheras ok. walaupun tak sampai 10 minit jalan kaki aku tetap gedik nak naik kereta jugak hahaha...
gym ni ada 3 tingkat semuanya, tingkat 1 universel semua boleh guna la. tingkat 2 semua body builder ok. tingkat 3 ni ruang untuk erobik sebelah dan sebelah lagi gym khas untuk wanita sahaja. tiap hari aku akan g erobik la.. best.... pas 2 turun tingkat 1 main-main banyak alatan baru kat sana dah memang tempat baru pun..
klimiks cerita aku ni ialah aku sangat teruja apabila banyak aaron aaron aziz berbadan kacak dan bergaya kat gym. wah hensem kot... cuba korang bayangkan kejap... tapi selalunya aku tunduk je depan dorang memamg tak la aku nak jadi bini pilihan hahahaha..... tapi ni la paling bestnya g gym sambil excersice boleh cuci mata :)



nampak tak kesungguhan muka tu? peloh-peloh yang kat baju tu. see...see... semangat kan saye? kan dah kata memang best pergi gym. (tapi kadang-kadang aku malas jugak pergi normal ok....)

Friday, December 9, 2011
air asia promosi 10 sen
assalamualaikum..
sapa yang suka bercuti silalah ambil peluang. tak tahu terlambat atau x hehe... air asia ada buat promo tiket bermula harga 10sen mulai semalam sampai esok 10 disember. aku pun banyak kali try masuk kena tendang je sebab line Air Asia bz sangat.
tapi biasa la aku x putus asa xkan nak lepaskan peluang ni.. hati nak pergi Kota Kinabalu pagi-pagi sampai je ofis semalam terus bukak website Air Asia ni... pas 2 kecewa sebab semua tiket ke sana dah xde yang 10sen. semua dah mahal...
pas2 tengok lak kuching masih ada banyak lagi... tanya kawan-kawan dorang ok ke x? sebab semalam dah bincang nak g KK. aku sebenarnya dah book tiket g Kuching tuk bulan mac nanti. konon-konon nak g honeymoon la berdua hahaha... semalam aku g book lagi pergi kuching untuk kami berdua bersama-sama 10rang kawan-kawan yang lain.. (mesti mak bising kalau tau ni...) tapi lain la kot kali ni g ramai-ramai pulak. kami akan pergi 1 julai nanti.. tiket seorang rm 35.20 termasuk tax semua sekali.. berbaloi-baloi kan :)
so jangan lepaskan peluang bercuti dengan jimat ini....
(habiskan cuti-cuti dalam malaysia dulu nanti baru g luar negara... setuju???)

sayang la kat Air Asia..

selamat pengantin baru ayaya molika

pengantinwati to be :))

kursus induksi

korang yang x dapat g kursus induksi memang rugi lar.. hehe.kawan-kawan induksi aku memamg best happening :)
pas balik induksi kan aku cuti so masa 2 aku penuhkan dengan membeli belah.. banyak barang x siap lagi tuk majlis nanti... ari 2 aku ade beli barang tuk buat hantaran nanti aku upload ok..
ok bai