CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, January 11, 2012

Petua Berseri Di Hari Kahwin

Hai assalamualaikum... hari ini aku bosan so aku search benda-benda yang boleh bantu aku nak menghadap 23 hari lagi ni. suka hati la korang nak ikut ke tak.. aku nak cuba lah buat kot-kot terlebih berseri nanti hahaha...

1.Ia boleh diamakan sebulan sebelum hari kahwin korang... seminggu sekali minum air ni. Amik manjakani 3-4 bijik tumbuk dan amik halia kering ketuk-ketuk. Rendam dalam ayak dan minum hari-hari. aku pernah tengok buah ni housemate aku pernah minum airnya sebab dia banyak keputihan... memang berkesan! buah ni boleh beli kat pasar-pasar pagi kot...

2.Kurangkan mekup mulai sekarang sebab nanti baru nampak lain bila mekup time korang kahwin.... aku skg datang ofis pun dah tinggalkan celak semua hehe :)


muka nak g kerja ni... ok je x mekup kan? hehe...




3. Makan vitamin C contohnya buah orange kan senang didapati... tak pun korang beli je kat guardian ade jual banyak... orang cakap vitamin C dapat mengelakkan jerawat naik.




4. Jangan jangan jangan minum air berkabornat.. Danger! Stop terus lagi baik... terutamanya Coke.
5. Makan kelopak bunga ros, kalau boleh bunga ros yang tak kena sembur dengan racun serangga. ada aku baca ni kena makan 3 kuntum sehari hahaha macam cerita apa dulu aku tengok fizo makan cam salad je dah...
6. Lumur minyak zaitun pada rambut lagi elok time basah. sekarang aku pakai dah jenama Safi wangiiii wooo... kalau rajin gosok rambut skali ngan satu badan dengan limau nipis or limau purut paling penting kat celah bedah tuuuuu.... bagi wangi sikit hahaha...atau pun rendam beras dengan kunyit hidup semalaman. Esoknya, blend beras itu hingga halus. Buat scrub badan. Sesuai untuk bagi kulit jadi lembut dan lebih cerah cam saye :)

7. Tiga hari sebelum kahwin, amik telor putih dan lumur kat muka, tengkuk, belakang tengkuk dan dada sikit setiap malam sebelum tidur... motifnya apa ek ntah aku tak berani lak nak buat busuk kot telor tu..
8. Elakkan mandi malam dan kalau boleh seminggu sebelum berkahwin, pergi buat rawatan mengurut secara tradisional atau g je Spa kan banyak sekarang.. nak yang murah Search kat Milkadeal or seangkatan dengannya ok.
9. Sapa -sapa yang kaya digalakkan minum INNER SHINE supaya mata anda bersinar macam maya karin dalam iklan tu...
10.Ni last skali , cuba muhasabah diri dan mintak maaf dengan orang-orang sekeliling.. Jangan tinggal solat. Banyakkan membaca Al-Quran bagi mengelakkan gangguan syaiton.
Ni je la aku mampu kongsi... banyak lagi sebenarnya.. macam-macam. semuanya memang bagus untuk kesihatan tak kira la yang nak kahwin or yang dah kahwin korang kena maintain kot hehe....





ni kami g jejalan kat penang.. lepas tahun baru. sempat lagi tuuu.... tapi mak abah ikut skali tau :)




Last- last lagi sebulan nak kawen kalau boleh stop berjumpa dengan tunang secara kerap. Bagi rindu sikit. hahahahahaha..... boleh ke?????


3 comments:

suzie rahman said...

bleh tahan ke,hihiq

oktant said...

Ni pun dah kira banyak tip yg diberi. Terima kasih atas perkongsian.

sis wawa said...

sokey... welcome :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...