CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, January 25, 2012

kad kahwin

assalamualaikum..

comel tak? doakan majlis kami nanti berjalan lancar..
lagi 10 hari saje lagi. perasaan? no komen...








candylicious

assalamualaikum...


minggu lepas aku g OU dengan kata lainnya One Utama. mungkin ramai yang dah biasa pergi tapi aku ni first time pergi... maklum la bukan orang kl.. benda paling teruja bila kau masuk ialah kedai ini CandyLicious.. teruja gila la macam-macam coklat ada jual. kedainya luas.. barangan cenderahati pun banyak.. layan gambar je la kalau nak rasa feeling cam aku kena pergi sendiri.. kepada hantu-hantu coklat sila la pergi buat lawatan.. sure habis duit korang hahaha..


welcome to candylicious

korang nak lolipop besar mana pun cakap je sure ada.. yang gantung-gantung ni tak leh la ambik ni just deko saje... cantik kan?

thats the chocolate! banyak kan?

yang ni yang betul-betul kenyataan.. LOLLIPOPS ARE FOR SUCKERS! ada paham? nyam...nyam...


m & m...


cenderahati yang banyak.....




kedai ni pun cantik. syok je masuk sini.. aku siap nak masuk sekali lagi nak balik shoping hari tu.... best wooo....

kalau kaya nanti nak bukak kedai 1 camni kat IPOH lah....

hehe berangan... bye ;)


Wednesday, January 18, 2012

20 perkara setanding seks!

Hai... morning. assalamualaikum.







hari ni nak berkongsi info. aku baru lepas baca majalah tadi so terjumpa ini.. mari sama-sama baca... perkara yang menjadi pilihan aku je ok aku pilih 15 ni je... hehe


Perkara Setanding Seks


1. Bila teman lelaki kamu berikan nota cinta romantis tanpa sebab. hanya kerana dia cintakan kamu... wahhhhh...( bahagianya.. nak jugak...)


2. Manjakan selera ketika sedang berdiet. kamu baru pulang dari jauh sudah nampak tanda M bewarna kuning.....apa kamu buat? tak salah manjakan seleramu dengan berger dua kali seminggu sekali jika kamu amalkan diet dan senaman. kata Hanan Saleh , pakar diet dari thefoodexpert.com.au. Hmmm, pakar diet pun bagi lampu hijau!

3. Tidur guna cadar yang bersih. cadar yang baru diangkat dari penyidai memang sedap disentuh, dibau dan diselimuti. katil yang selesa , bantal yang fluffy, serta cadar yang segar pasti buat pengalaman tidur yang lebih menyenangkan.


4. Kedai yang menyediakan tempat menunggu. "kamu kena beli kasut baru kerana ada majlis penting esok, tapi si dia sudah mengeluh panjang. cuba lihat ke sudut kedai itu..ada kerusi empuk dan majalah sukan untuk si dia! selamat!

5. Lelap seketika bila terlalu mengantuk. "kamu akan rasa mahu terlelap hanya jika tak cukup tidur. jika bila kamu mengantuk, ini bermakna kamu tak dapat waktu tidur yang berkualiti.' kata Chamerlain. ini bermaksud.. "tak salah jika nak terlelap sebentar bila saja kamu mengantuk," tambahnya. berita baik tu!


6. Dapat tahu orang lain dah siapkan kerja yang kamu malas sangat nak buat tu... dah lama kamu tangguh nak cuci bilik air, sedangkan minggu itu giliran kamu. jadi kamu pun melangkah ke bilik air dengan alatan mencuci. bila kamu angkat saja toilet lid, dah ada orang bersihkan pun! heaven....


7. Jejaka kacak menoleh untuk memandangmu. kamu sedang bersiar-siar sendirian dan tiba-tiba ternampak seorang lelaki handsome sedang merenung kamu... bayangkan Aaron Aziz sebagai contoh hehe...


8. Makan sepotong kek hari jadi.. walaupun ia bukan kek hari jadimu, tapi rasanya memamg lebih nikmat berbanding kek biasa.. and my favorite is chocolate indulgen from secret recipe.. wow morvelesss...


9. Bila kamu ke kaunter untuk bayar barangan yang dipilih, dan dapat diskaun tahu ada lagi diskaun 25% or lebih! lagi potongan daripada kasut yang memang dah cukup murah harganya tu... oh seronoknye!

10. Bangun tidur tanpa paksaan. Bukan sebab alat penggera kamu berbunyi atau anjing jiran buat bising, atau kerana perutmu meragam. "tidur berkualiti dalam tempoh yang sewajarnya beri manfaat pada tubuh. tubuh yang mencukupi memainkan peranan penting dalam fungdi imunisasi , metabolisma, ingatan, judgement dan fungsi penting lain..

11. Bila coklat dinikmati dengan cara yang betul. "biarkan coklat mencair di hujung lidah kamu untuk merasai nikmat sepenuhnya...12. Rambut dicuci di salon.. ahh rasanya hampir orgasmik apabila orang membantu mengurut folikel kepala mu . "ia adalah the ultimate massage." 13. Tutup dan belai muka depan buku setelah habis baca. tiba -tiba kamu rasa intelektual dan seakan-akan telah berjaya serap semua info yang ada di dalam buku tersebut.


14. Ada orang puji busanamu padahal kamu belinya di jualan preloved item... hehe macam beli kat pasar malam..


15. Menangis beriya-iya ketika menonton wayang. tak kiralah sebab sedih (sebab menonton Ombak Rindu) atau geli hati hingga hingus keluar membuktikan yang kamu sedang berseronokbabak paling touching ni... :'(




Best kan............. banyak benda best lain yang boleh dibuat ! bye...





Tuesday, January 17, 2012

Wishing Tree

Hai... assalamualaikum..




semakin hari semakin berdebar dah rasa.. cepat pulak masa ni berjalan sekarang. kira-kira 17 hari je lagi bakal merubah pola hidup saye.. ewah ayat....


sebenarnya aku baru balik dari IKEA tujuan utama pergi sana nak cari barang untuk hadiah masa majlis aku nanti. aku cadang nak suruh DJ time tu baca biodata kami pastu tanya la soalan berdasarkan apa yang dibaca tu. itu pun time aku tengah makan beradap so tak de la bosan sangat kan... dengan bersemangatnya aku di temani Nina ngan Syaza dapat cari barang yang nak dibeli. tapi tujuan paling paling utama nak cari barang untuk dekorasi table wishing tree aku nanti. selalu kan orang buat Guestbook so aku buat lain sikit kira ini boleh dijadikan ganti.. nanti wishing tree ni aku nak buat hiasan rumah baru kami nanti... harap menjadi la macam yang dah aku plan....



gambar kat bawah ni cantik sangat. berhajat sangat dapat macam ni. ada tak orang nak tolong buat nanti???







gambar wishing tree aku.. tak leh tunjuk habis nanti tak suprise... i love it !!! so luvly ok....






Wednesday, January 11, 2012

Petua Berseri Di Hari Kahwin

Hai assalamualaikum... hari ini aku bosan so aku search benda-benda yang boleh bantu aku nak menghadap 23 hari lagi ni. suka hati la korang nak ikut ke tak.. aku nak cuba lah buat kot-kot terlebih berseri nanti hahaha...

1.Ia boleh diamakan sebulan sebelum hari kahwin korang... seminggu sekali minum air ni. Amik manjakani 3-4 bijik tumbuk dan amik halia kering ketuk-ketuk. Rendam dalam ayak dan minum hari-hari. aku pernah tengok buah ni housemate aku pernah minum airnya sebab dia banyak keputihan... memang berkesan! buah ni boleh beli kat pasar-pasar pagi kot...

2.Kurangkan mekup mulai sekarang sebab nanti baru nampak lain bila mekup time korang kahwin.... aku skg datang ofis pun dah tinggalkan celak semua hehe :)


muka nak g kerja ni... ok je x mekup kan? hehe...




3. Makan vitamin C contohnya buah orange kan senang didapati... tak pun korang beli je kat guardian ade jual banyak... orang cakap vitamin C dapat mengelakkan jerawat naik.




4. Jangan jangan jangan minum air berkabornat.. Danger! Stop terus lagi baik... terutamanya Coke.
5. Makan kelopak bunga ros, kalau boleh bunga ros yang tak kena sembur dengan racun serangga. ada aku baca ni kena makan 3 kuntum sehari hahaha macam cerita apa dulu aku tengok fizo makan cam salad je dah...
6. Lumur minyak zaitun pada rambut lagi elok time basah. sekarang aku pakai dah jenama Safi wangiiii wooo... kalau rajin gosok rambut skali ngan satu badan dengan limau nipis or limau purut paling penting kat celah bedah tuuuuu.... bagi wangi sikit hahaha...atau pun rendam beras dengan kunyit hidup semalaman. Esoknya, blend beras itu hingga halus. Buat scrub badan. Sesuai untuk bagi kulit jadi lembut dan lebih cerah cam saye :)

7. Tiga hari sebelum kahwin, amik telor putih dan lumur kat muka, tengkuk, belakang tengkuk dan dada sikit setiap malam sebelum tidur... motifnya apa ek ntah aku tak berani lak nak buat busuk kot telor tu..
8. Elakkan mandi malam dan kalau boleh seminggu sebelum berkahwin, pergi buat rawatan mengurut secara tradisional atau g je Spa kan banyak sekarang.. nak yang murah Search kat Milkadeal or seangkatan dengannya ok.
9. Sapa -sapa yang kaya digalakkan minum INNER SHINE supaya mata anda bersinar macam maya karin dalam iklan tu...
10.Ni last skali , cuba muhasabah diri dan mintak maaf dengan orang-orang sekeliling.. Jangan tinggal solat. Banyakkan membaca Al-Quran bagi mengelakkan gangguan syaiton.
Ni je la aku mampu kongsi... banyak lagi sebenarnya.. macam-macam. semuanya memang bagus untuk kesihatan tak kira la yang nak kahwin or yang dah kahwin korang kena maintain kot hehe....





ni kami g jejalan kat penang.. lepas tahun baru. sempat lagi tuuu.... tapi mak abah ikut skali tau :)




Last- last lagi sebulan nak kawen kalau boleh stop berjumpa dengan tunang secara kerap. Bagi rindu sikit. hahahahahaha..... boleh ke?????


Monday, January 9, 2012

ciri ciri pilihan anda?

assalamualaikum....




entry untuk bulan pertama pada tahun 2012. rasa kekok lagi nak tulis 2012.. umur dah makin bertambah tapi still rasa muda ok.. dah tak lama lagi nak bertukar status lak.. tak tahu nak cerita perasaan sekarang macam mana.. sekarang aku berdoa semoga majlis aku nanti berjalan lancar.. kalau aku kira lagi 25 hari je lagi kome weh...


semalam kan bila bangun je tidur terus je mms gambar kat bawah ni kat encik tunang saya.. aku tanya la ni ciri-ciri idaman aku (dah nak dekat sangat tak boleh nak buat pilihan cuma mampu buat perubahan..) masa mms tu aku ingat awal sangat dia pun tak bangun lagi rupanya bangun dah pun.. balik kampung katanya ada sepupu kahwin :)


tak kira aku kacau jugak.. siap tanya ada tak ciri- ciri ni kat dia... oh jawapannya boleh la aku terima tapi paling tak boleh blah dia cakap kalau dia takde duit nak menyara keluarga nanti hari-hari makan je nasi lemak kira makan jugak tu (mak dia bisnes buat nasi lemak...)





cam mana ok tak ciri-ciri pilihan aku ni? hahaha....



ni nak post jugak... ada tak muka cam isteri solehah tak? saja nak tunjuk awek comel ni dengan tudung barunya... kan aku dah cakap nak cuba memakai tudung :)


yang penting tudung ni aku beli time sales akhir tahun ariani.. aku siap borong 5 helai setle duit belanja.. hehe tapi takpe la janji aku suka tudung ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...